Wednesday 17 July 2013

Mutiara Kata Di Bulan Ramadhan

  1. "Di antara tujuan kita mengaji ilmu agama adalah bertujuan melihat KECELAAN diri sendiri... bukan nk buka aib orang lain. InsyaAllah, perbetulkan niat yee...Selamat berterawikh semua"
  2. Kalau tetamu datang dari jauh nak tumpang rumah kita, kita wat dok berapa nak layan orang pangil tuan rumah tak beradab..apatah lagi tetamu tu sebenarnya orang kaya berpangkat raja nak test kita, kalu layan istimewa nak buwi emas 3 kapal, bidadari 3 kontena, tanah 120ribu ekar...kalu tahu awal awal mesti kita layan molek.....akhirnya rugi orang yang dok layan molek tetamu itu...
    Begitulah tetamu yang hebat bernama ramadhan....dijanjikan lebih mewah dari emas tanah harta dan bidadari bagi yang menghidupkanya...kalu kita dok berapa nak layan jugak memang kita mabuk daun ketom.
  3. Bagaimana kita berpuasa tapi masih mengumpat, tidak jaga pandangan, mengular dalam tugas dan lain2 perbuatan yang dapat merosakkan pahala puasa, seterusnya menggagalkan kita menghayati maksud dan tujuan puasa? Sungguh berbeza puasa kita dengan para sahabat, ampuni kami Ya Rabb.
  4. AMALAN yang menghidupkan Ramadhan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadhan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadhan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al-Quran." (HR Bukhari)